Monday, November 29, 2010

Membentuk Sikap ke Arah Kesejahteraan

ONE Community Worldwide percaya bahawa pencapaian kesihatan dalam semua aspek kehidupan datangnya daripada usaha yang bersepadu, bermula dengan menyedari bahawa ia akan dikecapi dengan sikap yang betul. Rangkaian ahli niaga kami merupakan mereka yang menyumbang kepada nilai-nilai kebaikan sejagat untuk semua insan, dan kami berazam untuk bekerja sepasukan demi faedah bersama dan kejayaan semua ahli pasukan.

Peranan kami merupakan pemangkin bagi memupuk budaya bekerjasama, bersama-sama menyumbang dan kerja berpasukan; pembelajaran sepanjang hayat untuk terus memperbaiki diri; budaya jujur dan tulus ikhlas dengan percaya kepada prinsip "Paying Forward", dan budaya berkongsi dengan yang memerlukan dan yang kurang bernasib baik. Budaya kami memaparkan setiap individu boleh memberikan sumbangan kepada kehidupan orang lain dalam komuniti global.

Kami akan memberikan inspirasi kepada ahli kami supaya proaktif, dengan usaha yang jitu demi mencapai matlamat mereka, dan saling memberikan galakan antara satu dengan yang lain untuk terus maju ke hadapan. Kami akan menjadi inspirasi mereka untuk terus bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab atas semua tindakan mereka walaupun ketika menikmati kehidupan yang senang dan sempurna.

ONE Community Worldwide akan membimbing penuh mereka yang berjiwa usahawan, bersedia untuk berubah, mengambil risiko, dan memandang jauh melampaui kebiasaan untuk meraih kejayaan jangka panjang yang holistik lagi mampan. Bersama-sama kita mengecapi kebahagian.

Tuesday, November 23, 2010

Info Kesihatan

Gaya hidup pada hari ini membuatkan kita sentiasa bergegas untuk memenuhi kehendak waktu yang ditetapkan dan kita mengambil makanan yang diproses yang kurang sihat dalam waktu yang tidak tetap dan kita jarang bersenam. Tidak hairanlah badan dan minda kita amat tertekan dalam semua perkara. Kita juga sering terdedah kepada pencemaran dan radiasi dari telefon bimbit, menara penjana kuasa, alatan elektrik.

Gaya hidup seperti ini mengurangkan tahap tenaga kita dan melemahkan sistem ketahanan kita sehingga menjadikan kita mudah terdedah kepada penyakit. Apa sahaja zat yang kita ambil tidak dapat sampai ke semua organ kita kerana seluruh sistem badan kita tidak berfungsi secara optimum. Hasilnya, kita tua sebelum waktu, mudah diserang penyakit dan toksin terkumpul didalam badan kita.

Pengambilan banyak makanan yang lebih beralkali, cth. buah-buahan dan sayur-sayuran, sememangnya amat berguna kepada kesihatan manusia. Imbangan PH asid badan, sebaliknya pula, menjadikan badan lemah dan mudah mendapat penyakit. Pengasidan darah, yang berpunca daripada kehilangan elektron, boleh dielakkan dengan Ion Elektrik Negatif yang mengandungi bilangan elektron yang begitu banyak yang meningkatkan keimunan badan dan ketahanan terhadap penyakit.
- Economy Daily News-January 30, 2002

ONE Community Worldwide

Merevolusikan Perniagaan Berteraskan Kesejahteraan


ONE Community Worldwide adalah entiti perniagaan yang berorientasikan sumber manusia. Ia ditubuhkan atas dasar kejayaan dan kehidupan yang bahagia bukan sahaja mampu dikecapi, malahan ianya matlamat organisasi kami.

Bagi mencapai matlamat itu, ONE Community Worldwide telah mewujudkan Micro-Macro Business System™, satu rangkuman sistem perniagaan yang mengangkat pemasaran rangkaian ke satu era baru. Bayangkan pemasaran global yang dinamik, disokong oleh sinergi peruncitan, pemborongan, pelesenan, dan jualan on-line, dan kuasa Micro-Macro Business System™ serta-merta menjadi nyata.

Gagasan pengasas ONE Community Worldwide yang merupakan sekumpulan pemimpin pemasaran rangkaian yang berjaya dengan rangkaian global melebihi 500,000 ahli di 20 negara, Micro-Macro Business System™ merupakan teras wawasan kami untuk merevolusikan industri dengan semangat dan amalan profesionalisme yang sebenar, dengan kami mengetengahkan inovasi yang nyata kepada industri ini.

Lebih penting lagi, ONE Community Worldwide merupakan sebuah organisasi yang dibina atas peluang yang saksama, kaedah terbukti, etika dan menyayangi seikhlas hati dengan keyakinan bahawa setiap orang boleh berjaya. Ia merupakan sebuah komuniti yang dipimpin oleh satu pasukan yang berpengalaman, memiliki kepakaran dan keghairahan untuk membimbing setiap setiap individu untuk menghayati kehidupan terbaik mereka.