Tuesday, November 23, 2010

Info Kesihatan

Gaya hidup pada hari ini membuatkan kita sentiasa bergegas untuk memenuhi kehendak waktu yang ditetapkan dan kita mengambil makanan yang diproses yang kurang sihat dalam waktu yang tidak tetap dan kita jarang bersenam. Tidak hairanlah badan dan minda kita amat tertekan dalam semua perkara. Kita juga sering terdedah kepada pencemaran dan radiasi dari telefon bimbit, menara penjana kuasa, alatan elektrik.

Gaya hidup seperti ini mengurangkan tahap tenaga kita dan melemahkan sistem ketahanan kita sehingga menjadikan kita mudah terdedah kepada penyakit. Apa sahaja zat yang kita ambil tidak dapat sampai ke semua organ kita kerana seluruh sistem badan kita tidak berfungsi secara optimum. Hasilnya, kita tua sebelum waktu, mudah diserang penyakit dan toksin terkumpul didalam badan kita.

Pengambilan banyak makanan yang lebih beralkali, cth. buah-buahan dan sayur-sayuran, sememangnya amat berguna kepada kesihatan manusia. Imbangan PH asid badan, sebaliknya pula, menjadikan badan lemah dan mudah mendapat penyakit. Pengasidan darah, yang berpunca daripada kehilangan elektron, boleh dielakkan dengan Ion Elektrik Negatif yang mengandungi bilangan elektron yang begitu banyak yang meningkatkan keimunan badan dan ketahanan terhadap penyakit.
- Economy Daily News-January 30, 2002

No comments:

Post a Comment