Monday, November 29, 2010

Membentuk Sikap ke Arah Kesejahteraan

ONE Community Worldwide percaya bahawa pencapaian kesihatan dalam semua aspek kehidupan datangnya daripada usaha yang bersepadu, bermula dengan menyedari bahawa ia akan dikecapi dengan sikap yang betul. Rangkaian ahli niaga kami merupakan mereka yang menyumbang kepada nilai-nilai kebaikan sejagat untuk semua insan, dan kami berazam untuk bekerja sepasukan demi faedah bersama dan kejayaan semua ahli pasukan.

Peranan kami merupakan pemangkin bagi memupuk budaya bekerjasama, bersama-sama menyumbang dan kerja berpasukan; pembelajaran sepanjang hayat untuk terus memperbaiki diri; budaya jujur dan tulus ikhlas dengan percaya kepada prinsip "Paying Forward", dan budaya berkongsi dengan yang memerlukan dan yang kurang bernasib baik. Budaya kami memaparkan setiap individu boleh memberikan sumbangan kepada kehidupan orang lain dalam komuniti global.

Kami akan memberikan inspirasi kepada ahli kami supaya proaktif, dengan usaha yang jitu demi mencapai matlamat mereka, dan saling memberikan galakan antara satu dengan yang lain untuk terus maju ke hadapan. Kami akan menjadi inspirasi mereka untuk terus bertanggungjawab dan memikul tanggungjawab atas semua tindakan mereka walaupun ketika menikmati kehidupan yang senang dan sempurna.

ONE Community Worldwide akan membimbing penuh mereka yang berjiwa usahawan, bersedia untuk berubah, mengambil risiko, dan memandang jauh melampaui kebiasaan untuk meraih kejayaan jangka panjang yang holistik lagi mampan. Bersama-sama kita mengecapi kebahagian.

No comments:

Post a Comment